Colbie Caillat
Colbie Caillat

Colbie Caillat

Colbie Marie Caillat (/ˈkoʊlbi kəˈleɪ/ ( dengar); lahir 28 Mei 1985) ialah penyanyi-penulis lagu Amerika Syarikat. Caillat mula terkenal di laman web perkongsian sosial Myspace. Pada masa itu, beliau ialah artis genre nombor satu tanpa label rakaman. Selepas mengikat kontrak bersama Universal Republic Records, beliau menerbitkan album pertama Coco, pada Julai 2007. Album ini termasuk single hits "Bubbly" dan "Realize", dan telah terjual 2,060,000 unit di AS, dan mendapat pensijilan 2x Platinum.